Zainab Al Ghazali Al-Zubaili nama sepenuhnya. la dilahirkan di sekitartahun 1917, di awal abad dua puluh ini, 65 tahun usianya ketika ini. Muladitahan dalam tahun 1965, ketika itu usianya sekitar 44 tahun. Akibat daripenyeksaan yang dahsyat yang ditanggungnya dalam tahanan ketika diambilstatement oleh pendakwa, mereka menyangka umurnya lebih 90 tahun, padahal umurnya ketika itu 44 tahun — menunjukkan betapa beratnya seksaanyang dilakukan oleh rejim Jamal Abdel Nasser.Zainab Al-Ghazali mengasaskan penubuhan "Jamaah SaidatinaMuslimah". Satu gerakan wanita yang selari dengan Ikhwan Muslimin yangmempunyai method cara dan matlamat yang sama dengan Ikhwan Muslimin.Meski pun beliau dipilih menjadi ketua pertama Jamaah itu, namum beliautelah berbai'ah dengan Mursyidul Ikhwan Muslimin, Hassan Al-Banna, padapenghujung abad 14 hijrah beliau ditugaskan memimpin Jemaah SaidatinaMuslimah.Tujuan jamaah ini ialah untuk memimpin wanita Islam danmenyedarkan mereka serta mengangkat darjat mereka untuk menyebarkanpanji-panji Islam, agar memahami Islam, agar wanita-wanita Islam dapatmenjalankan peranan wanita dengan mengikut contoh wanita salafus soleh.Dengan itu mereka berkeyakinan umat Islam akan dapat dibangunkansemula dan negara Islam akan dapat ditegakkan dengan lelaki yang dididikoleh wanita yang bernaung di bawah Al-Quran dan As-Sunnah. la berjuangmeletakkan wanita sebagai ibu yang dapat mendidik rijal (pejuang) untukmembangunkan Islam.Ketika itu proses pembaratan sedang hebat berlaku di Mesir.Kemasukkan sosial budaya barat sedang berlaku dan terus melanda budayaumat Islam — pakaian , tingkah laku dan pemikiran mereka sedang hanyutdalam budaya Barat yang menunju ke arah kehancuran. Inilah dia belenggusekularisma. Zainab Al-Ghazali berjuang membebaskan belenggu sekularismaini.Al-Mukminah As-Solehah24Beliau sangat yakin bahawa masa depan umat ini bergantung kepadaperanan ibu-ibu, oleh kerana itu gerakan beliau ini antaranya untuk memberipimpinan yang wajar pimpinan Islam kepada wanita Islam. Untuk melahirkanrijal, tenaga lelaki yang bersedia menjualkan dirinya untuk Islam.Tanggungjawab umat hari ini, sangat berat iaitu membebaskan diri darikongkongan dan cengkaman sekularisma yang meuguasai negara mereka,membebaskan diri mereka daripada jahiliyah yang sedang mengongkong hatidan pemikiran mereka. Tanggungjawab ini sangat berat. Sekularisma bukansahaja wujud sebagai teori semata-mata bahkan ia wujud sebagai institusi yangmengikat teguh sesamanya.Beliau berkeyakinan bahawa Daulah Islam akan tetap ditegakkankembali dengan izin Allah S.W.T dengan syarat melalui satu jalan iaitu JALANISLAM. Negara Islam tidak dapat ditegakkan dengan lain-lain jalan kecualiJALAN ISLAM. Menurut beliau lagi, cara utama untuk kembali kepada JALANUTAMA ini ialah Revolusi Pemikiran (Thaurah Fikriyah) — satu revolusi yangdapat mengubah pemikiran Jahiliyah kepada pemikiran Islam, berdasarkan'aqidah Islam. Ini memerlukan Tarbiyah — pendidikan amali untukmembentuk sikap, tindakan-tindakan dan tingkah laku serta pemikiranMuslim dan Muslimah menjadi pemikiran Islam.Beliau menyebutkan ini sebagai langkah awal dalam pembentukkanDaulah Islam. Beliau fahami ini daripada Al-Quran tentang sunnah perubahan.Sebagaimana firman Allah S.W.T. yang maksudnya"Sesunguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu kecuali mereka mengubahapa yang ada pada diri mereka."Bahawa perubahan itu tidak akan berlaku kecuali adanya perubahandiri itu…..yang difokuskan kepada jiwa dan hati manusia. Ini merupakan satumacam ketentuan - sunnatul llah dalam mengatur perubahan sejarah. Bahawaperubahan diri ini bermula dengan perubahan pemikiran, peribadi dantingkah laku diri manusia. Inilah fahaman beliau yang mendalam ten-tangIslam. Beliau menganjurkan untuk menuju kepada Daulah Islam, hendaklahmengadakan revolusi pemikiran perubahan yang pantas seperti sikap parasahabat.Beliau memetik kata-kata Syed Qutb dalam memperkatakan Jilun -Quraanun - Fariid, satu generasi Quran Yang Unik, bila mereka memelukIslam, mereka sekali gus meningggalkan ciri-ciri Jahiliyah secara menyeluruh.Perubahan atau Revolusi yang pantas dan cergas ini dila-kukan dan seluruhpandangan mereka tentang nilai-nilai hidup dilihat mengikut neraca Islam,bukan neraca dunia atau Jahiliyah.Beliau memahami bahawa langkah-langkah yang dijalankan olehRasulullah S.A.W. dalam Dakwah baginda. Langkah pertama dalam membuatperubahan ialah melalui Tarbiyah atau pendidikan keatas para sahabat,Al-Mukminah As-Solehah25mereka dididik oleh Rasulullah S.A.W. bukan pada teori bahkan pada diridan tingkah laku mereka. Tarbiyah ini meliputi Tarbiyah Rohani dan Jasmani.Tarbiyah yang menekankan kepada pembentukkan Iman yang mendalam,sehingga tercerna dan lahir dalam tingkah laku mereka, sehingga Al-Qurantercerna dan tercetak pada diri dan tubuh badan mereka. Sehingga segalatindakan mereka adalah Islam — di lihat sahaja pada diri salah seorang darimereka sudah ternampak akan Islam, ternampak akan Daulah Islam pada dirimereka, dan seterusnya hidupnya adalah Islam. Al Quran dan SunnahRasulullah S.A.W. yang mendidik jiwa mereka melahirkan manusia misaliyang unggul dalam sejarah peradaban manusia. Demikianlah natijah hasil darididikan Iman, yang jelas pada sifah para sahabat. Lihatiah!! Seorang pemudayang kacak dan anak tunggal dari keluarga hartawan, Mus'ab 'Umair namanya- ia yakin dengan ajaran Muhammad S.A.W. dan terus memeluk Islamsebagai agamanya, sehingga akhir hayatnya. Setelah ibunya mengetahuibahawa Mus'ab mengikut ajaran Muhammad S.A.W, maka ia mengugut tidakakan memberi harta warisan kepada Mus'ab, seandainya ia tidak mahukembali kepada agama nenek moyangnya. Mus'ab sudah bulat keimanannya,demikianlah hasil didikan Rasulullah S.A.W. terhadapnya ia terus berimandengan ajaran Muhammad S.A.W. "Aku memilih ajaran Muhammad darimemilih harta kekayaan". Ibunya pula terus bersumpah, ia tidak mahu makansehingga Mus'ab kembali kepada agama asalnya. Sebaliknya Mus'ab pulabersumpah "Seandainya ibuku mempunyai 100 nyawa, dan keluar satu demisatu dari tubuhnya aku tetap dengan ajaran Muhammad SAW, aku tetapdengan kalimah LAILAHA ILLALLAH, namun aku tingalkan Islam, sekali-kalitidak". Inilah kesan yang terus menerus dari Tarbiyah, Mus ab ketika syahid dimedan Jihad, tatkala kain yang ada padanya untuk ditutupkan ke atastubuhnya tutup kepalanya, terdedah kakinya, tutup kakinya terdedahkepalanya. Akhirnya Rasulullah S.A.W. memerintahkan bahagian kepalanyaditutup dengan kainnya dan bahagian kakinya ditutup dengan daun kayu.Demikianlah Mus'ab sanggup meninggalkan kesenangan dan kekayaan,dan rela mengorbankan dan menjual dirinya kepada Islam… semoga syurgafirdaus ganjaranya. Pengorbanan demikian tidak sanggup dilakukan olehmanusia kecuali mereka yang dididik dengan Iman. Inilah sebagai satu syaratyang diwujudkan oleh Zainab Al-Ghazali, agar Negara Islam dapatdikembalikan.Semasa beliau memimpin Jamaah Saidatina Muslimah, beliau telahdapat membawa masuk ramai wanita-wanita Islam di Mesir dan mereka telahdibentuk dan dididik mengikut model Tarbiyah Madrasah Rasulullah S.A.W.Di antara mereka yang rapat hubungan dengan Zainab Al-Gahazali ialah duasaudara Syed Qutb, Aminah Qutb dan Hamidah Qutb,; Halidah Hassan Al-Hudaibi, Al-Hayah Sulaiman Al-Zubair, Fatiraah A!-Fath, Aminah Al-Jauhati.Al-Waliyah Al-Hudaibi dan Al-Afdah. Mereka inilah yang beliau sitatkansebahagian dari mereka sebagai sebahagian anak-anaknya, sebahagian dariAl-Mukminah As-Solehah26mereka sebagai adik-adiknya, sebahagian dari mereka sebagai kakak-kakaknya,dan sebahagian dari mereka sebagai ibu-ibunya. Kerana di antara mereka adayang berumur 85 tahun, Ummi Ahmad namanya, ia telah di tangkap olehrejim Jamal Nasser ketika ia berusia 85 tahun, ketika Zainab mendengar beritaitu, ia memperkatakan bahwa ini adalah pertanda baik bagi Islam. MusuhmusuhIslam telah gentar kepada wanita Islam yang telah tua lagi uzur. Inimenunjukkan hasrat dan minat terhadap Islam terlalu tinggi. Musuh-musuhIslam telah gentar, mereka tidak dapat membezakan antara yang bertenagadan tidak bertenaga, antara wanita dan lelaki, antara tua dan muda, semuanyasama sebagai musuh mereka.Setelah Mursyidul 'Am Hassan Al-Banna syahid dimamah pelurudurjana yang tidak mengenal insan beriman atau tidak, Zainab Al-Ghazaliterus berbai'ah kepada Hassan Al-Hudhaibi, Mursyidul 'Am penganti HassanAl-Banna. Ia terus mengadakan pertemuan dan perbincangan denganpimpinan Ikhwan Muslimin. la mendengar pandangan mereka danmengambil pengajaran daripada mereka.Beliau bersuami, suaminya seorang yang dihormati, seorang 'Ulama yangberilmu tinggi dan sangat kuat memberikan dorongan kepada isterinya untukmeneruskan da'wah ditengah-tengah masyarakat manusia di Mesir. ZainabAl-Ghazali menceritakan ketika penyeksaan yang dihadapinya di penjarasampai kemuncaknya, mereka telah mengunakan berbagai cara bagimelemahkan jiwa dan rohnya menyebabkan ia terpaksa dibawa ke hospital.Regim Jamal Abdel Nasser memaksa suaminya menceraikannya danmembawa surat cerai itu ke dalam bilik kurungan di hospital, di mana Zainabsedang dirawat. Ketika saudara-saudaranya melawatinya merekamenceritakan ketika suaminya dipaksa menceraikan Zainab Al-Ghazali, iabersumpah "sekali-kali tidak, aku menceraikan isteriku". Demikianlahketeguhan, kesetiaan dan pengorbanan suaminya, sehingga ia kembalimenemui Tuhannya ketika Zainab Al-Ghazali masih dalam Tahanan.Kisah tahanan ke atas Zainab Al-Ghazali adalah sangat mengkagumkan,kerana seorang wanita telah dapat menanggung penyeksaan yang lebih beratdari penyeksaan ke atas lelaki. Beliau menyebutkan, sebelum ia ditahan, JamalNasser memerintahkan Jamaah Saidatina Muslimah dibubarkan denganmenghantar notis melalui mahkamah, dan akan menarik notis pembubaran itudengan syarat Zainab Al-Ghazali mestilah berkerjasama dengan PartiIstrokiyah. Zainab Al-Ghazali menolak, kemudian ia ditawarkan menjadiMenteri Kebajikan Masyarakat, beliau menjawab: "Dalam perjuangan ku tidakbercadang untuk menjadi menteri aku hanya mahu berdakwah" Jamal Nassertelah putus asa memujuk Zainab Al-Ghazali untuk masuk Parti Istrokiyah,Jamal Abdel Nasser memerintahkan untuk menangkap Zainab Al-GhazaliSewaktu beliau dibawa keluar dari rumahnya satu pembunuhan telahdirancangkan……sebuah kereta merempuh kereta yang membawa ZainabAl-Mukminah As-Solehah27Al-Ghazali. Setelah rancangan awal ini gagal, akhirnya Zainab di tahan…..setelah di tangkap semula, setelah di bebaskan pada tahun 1964.Zainab Al-Ghazali terus dibawa ke penjara dengan sebuah kereta,dalam perjalanan itu dimaki hamun yang tidak dapat diterima oleh akaldan tidak dapat digambarkan oleh fikiran. Setelah sampai ke penjara iadiseret ke bilik kurungan dengan kata-kata yang kesat, yang tidak wajardihadapkan kepada binatang, apatah lagi kepada manusia. Merekamengugut untuk membunuhnya seperti mana yang mereka lakukan kepadaberpuluh-puluh anggota Ikhwan Muslimin, mereka mengugut untukmenanam hidup-hidup seperti mana yang mereka lakukan kepada berpuluhpuluhorang yang sealiran dengan Zainab Al-Ghazali. Dengan kata-kata yangkasar, ia diheret kehilik kurungan oleh seorang lelaki yang bertubuh besarseperti syaitan hitam. Zainab Al-Ghazali mengesahkan saya berdoa dalam hatisaya. "Ya Allah, kurniakanlah ke atas ku ketenangan, dan tetapkanlahpendirian ku bersama-sama pendukung-pendukung kebenaran, dantabahkanlah hati ku dengan mengingati Engkau, dan kurniakanlah akandaku keredhaan denganperkara yang Engkau redhai".Itulah yang dapat saya katakan. Kemudian saya terus dimasukkan kedalam bilik kurungan. Dalam bilik kurungan itu ada dua orang lelaki (syaitan)yang sedang duduk di atas meja membelik-belik buku catitan, yang saya tahuitu adalah buku catitan Syahid Abdul Fatah Ismail. Tahulah saya bahawaAbdul Fatah juga ditangkap ketika itu.Di waktu itu saya mendengar azan 'Asar ... saya bersyukur kerana ALlahSWT telah menyelamatkan saya dari "keganasan syaitan". Saya dapatmenunaikan sembahyang, dan tiba-tiba datang lagi syaitan durjana, dengansikap yang kasar dan keras memerintahkan saya ke sel kurungan. Saya diheretke sel kurungan dan penyeksaan pun bermula. Semasa saya diheret ke selkurungan, saya melihat dalam sel penjara itu tubuh-tubuh manusia yangdiseksa, tahulah saya bahawa mereka dari keluarga Ikhwan Muslimin. Merekasedang diseksa dan dipukul, memenuhi sel-sel penjara itu. Mereka adalahpemuda-pemuda yang saya sifatkan sebagai anak-anak saya, pemuda yangpernah dan sering datang meminta pengajaran dan nasihat dari saya. Sayaberdoa "Ya Allah tetapkanlah pendirian kami, Ya Allah peliharalah kamidaripada kejahatan orang-orang yang jahat."Saya dimasukkan ke dalam sel kurungan, kuasa letrik dinyalakandengan kuat, sebagai satu bentuk penyeksaan. Bilik itu dipenuhi anjinganjing,anjing-anjing yang saya tidak tahu herapa banyak bilangannya. Anjinganjingitu dilepaskan kepada saya... saya memejamkan mata dan meletakkandua tangan saya ke dada saya, kerana saya gerun melihat anjing-anjing ganaslagi lapar itu. Saya dengar pintu ditutup dengan rantai dan dikunci. Sayamerasai seluruh tubuh saya dikerumuni dan digigit oleh anjing itu. Sayamembuka mata dan kemudian memejamkan mata saya, kerana penyeksaanAl-Mukminah As-Solehah28yang amat sangat. Ketika itu saya berdoa kepada Allah S.W.T dalam hati saya...dan anjing-anjing itu terus menggigit dan menggigit, merobak-rabikkan danmemanjat-manjat seluruh tubuh saya — itulah yang saya rasai. Saya berdoa "YaAllah!!! tetapkanlah hati ini dan palingkanlah hati dari yang lain Ya Allah,agar hati ini melupakan penyeksaan ini. Ya Allah!!"Kemudian saya dengar pintu dibuka orang, dan saya dibawa keluar.Saya menyangka pakaian saya yang putih bersih ini berlumuran darah... itulahyang saya rasai dan sangkakan. Alangkah terkejutnya saya, tiada apa apakesan, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Saya tahu bahawa Allah S.W.Tbersama-sama dengan saya…Maha suci Engkaulah Wahai Tuhan ku.Beliau mengeluh dan merasai ni'mat kurniaan Allah yang tinggi sertakemurahan Allah S.W.T kepadanya dan pemeliharaan Allah kepadanya.Zainab Al Ghazali menceritakan; syaitan yang memegang tangan sayabertanya kepada saya: Bagaimana anjing-anjing itu tidak merubak rabikkandaging engkau. Bagaimana anjing itu tidak menggigit engkau!!! Ada dua orangsyaitan ketika itu, masing-masing memegang belantan di tangan mereka.Waktu itu hari hampir 'Isyak…kerana bayang-bayang dari luar kelihatankemerah-merahan. Saya dibiarkan bersama anjing-anjing itu selama tiga jam.Inilah satu bentuk penyeksaan yang saya rasai…saya berserah bulat kepadaAllah S.W.T kerana lebih berkuasa dari segala-galanya. Kemudian peningkatanpenyeksaan pun diteruskan. Satu ketika saya direndam dalam air sejuk, padahal ketika itu musim sejuk... dilepaskan pula udara sejuk.Beliau menyatakan, satu ketika ia melihat surat arahan tulisan tanganJamal Abdel Nasser (la'natullah 'alaih) kepada pegawai penjara yangmemerintahkan supaya Zainab Al-Ghazali diseksa lebih dari seksaan terhadaplelaki.Demikianlah! segala macam penyeksaan mereka lakukan. Bermuladengan gigitan anjing-anjing, ke dalam sel yang berisi air dan udara sejuk...dan macam-macam lagi penyeksaan... dengan segala sepak terajang danpukulan-pukulan cota…menyebabkan Zainab Al-Ghazali terpaksa dirawat dihospital beberapa kali.Beliau mengesahkan, satu hari pengawal penjara yang ditugaskan untukmemukulnya, tidak mahu memukulnya. Ia berkata "Duhai Makcik ku (YaKhali), tidak sanggup saya memukulmu, tidak ada sebab mengapa harus sayamemukul mu, Ya Khali". Rupa-rupanya ketika itu, ketua penjara mengintaiperbualan mereka, ia menyeret keluar dan memaki hamun pemuda itu. Padaesok harinya, ketua penjara memberitahu kepada Zainab Al-Ghazali, pemudaitu ditembak mati.Pegawai penyeksa-penyeksa di penjara terkejut kehairanan bagaimanakahkeseksaan yang amat berat itu sanggup ditanggung oleh wanita...yang lebih berat penyeksaan yang ditanggung oleh lelaki... dan tidak sanggupAl-Mukminah As-Solehah29ditanggung oleh sebarangan lelaki. Iman seorang wanita yang kebal dankental, lebih kuat dari bubur — Muhathah. Mereka amat takjub dan merekamengatakan, ini adalah suatu perkara yang luar biasa. Salah seorang darimereka datang berjumpa dengan Zainab Al-Ghazali. Ia bertaubat danmeminta Zainab untuk mengajarnya Islam dan bagaimanakah hendakmendirikan Solat. Ini menunjukkan bahawa mereka bukan sahaja dilatihkeganasan fizikalnya, malah dilatih dengan fahaman mereka.Oleh kerana itu ada di antara mereka berkata kepada Zainab Al-Ghazali: Kamu sering berkata tentang Neraka Jahanam. Sekarang kamuberada dalam neraka Jamal Abdul Nasser. Mintalah keampunan dariNasser atau Engkau terima syarat-syarat yang ditawarkan olehnya. KetikaZainab berkata: Allah…Allah…., salah seorang dari mereka berkata:Seandainya kami nampak Allah yang kamu sebut itu, kami akantangkap ia dan penjarakan bersama-sama kamu. Inilah kekufuran yangberlaku. Inilah yang menyebabkan mereka takut dan gentar kepada gerakanIslam.Kemudian beliau dibicarakan dalam mahkamah pura-pura, beliaudipenjara seumur hidup. la dipenjara bersama-sama dengan Hamidah Qutb,bersama-sama seorang wanita yang sarat mengandung. Pada hari-hari awal didalam kem tahanan tentera, mereka dihidangkan dengan roti kering yangdisapu dengan najis. Mereka menahan kelaparan yang amat sangat. Merekaditempatkan di tempat yang busuk lagi kotor. Mereka menjenguk keluar,manalah ada kiranya sisa-sisa makanan, ada pengawal penjara yang baiksedikit mencampakkan kulit-kulit pisang ke dalam sel kurungan, merekaambil dan makan kulit-kulit pisang itu, mereka tidak sanggup memakan rotiyang disapu dengan najis.Zainab Al-Ghazali dipenjara di sebuah kem tahanan tentera yangterletak di pinggir kota Kaherah. Beliau melihat wanita-wanita yang telah rosakakhlaknya, mereka rosak kerana dadah dan arak, mereka telah kehilangankehormatan mereka, akibat dari proses pembaratan yang dilakukan oleh rejimsosialis. Zainab Al-Ghazali dan saudara-saudaranya itu diberi layanan yangburuk, berbeda sama sekali layanan yang diberikan kepada wanita-wanitaYahudi yang ditangkap kerana kegiatannya sebagai "spy" adalah lebih baikdaripada layanan yang diterima oleh Zainab Al-Ghazali, Hamidah Qutb dansaudara-saudara mereka yang lain.Sehingga beberapa lama beliau ditahan, di satu pagi sekitar tahun 1973,beliau dipanggil dan ditunjukkan surat pembebasan. Betapa berat kakinyauntuk meninggalkan saudaranya Hamidah Qutb, tapi apakan daya semuanyadiserahkan kepada ALlah S.W.T, kerana Allah S.W.T lebih berkuasa darisegala-segalanya. Tidak lama kemudian Hamidah pun dibebaskan.Al-Mukminah As-Solehah30Menurutnya, satu perkara yang menguatkan beliau sanggupmenanggung penyeksaan, kerana beliau sering berjumpa Rasulullah S.A.Wdalam mimpinya. Oleh itu beliau yakin bahawa perjuangannya adalah benardan jalan yang ditempohinya adalah benar. Rasulullah S.A.W bersabda"Syaitan diharamkan menyerupai ku". Oleh itu ia bermimpi berjumpaRasulullah S.A.W adalah satu perkara yang benar.Demikianlah kisah Zainab Al-Ghazali, yang kini masih hidup, danterus menjalankan tugas-tugas yang berat ini bersama-sama Mujahid-Mujahidyang lain untuk mengembalikan umat manusia dan alam ini kepada Islam.Berikutan dengan penangkapan beramai-ramai sahabat kita Ikhwan Musliminoleh rejim Mendiang Anwar Sadat dan diteruskan oleh rejim Husni Mubarak(Zainab Al Ghazali) turut juga ditangkap, tapi kali ini ia hanya ditahan di rumahsahaja kerana dengan alasan sudah uzur. Semoga Allah S.W.T memeliharamereka.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar